"MENGEJAR IMPIAN tidaklah sesusah mana..semuanya bermula dengan langkah pertama.MELANGKAHLAH bagaimana cara dan rupa sekalipun,kerana setiap yang melangkah pasti akan sampai ke matlamatnya.. (Dr. HM Tuah Iskandar)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Berita Baik Kepada Penggemar Minyak Wangi

Salam Ukhwah.
Sekali lagi kita bertemu
Apa khabar ? Semoga anda tidak tension hari ini ya!

Bercakap mengenai emosi stress ni, pernahkah anda menghadapinya? Apa yang anda buat bagi mengurangkan stress?

Berikut adalah beberapa cara yang biasa dilakukan untuk mengurangkan stress :

- Bagi orang Islam, ambil wuduk dan banyakkan beristighfar

- Ambil udara segar

- Hisap rokok (sebaik-baiknya elakkan!)

- Shopping, ni bagi orang perempuanlah

Selain daripada cara di atas, ada cara lain yang boleh mengurangkan stress dan ianya telah terbukti sejak zaman dahulu lagi..
Caranya ialah dengan menghidu sedikit bau-bauan yang harum!
Zaman dahulu, sekiranya mahukan persekitaran berbau harum dan wangi, mereka menggunakan kemenyan yang mempunyai pelbagai haruman.
Zaman sekarang nak pakai kemenyan juga ke?Sudah tentulah TIDAK kerana pada hari ini sudah ada minyak wangi yang dibotolkan!

Setiap hari selepas anda mandi dan bersiap ke pejabat, adakah anda memakai sesuatu yang akan memberikan kesegaran dan ketenangan sepanjang hari anda berada di tempat kerja?Adakah anda memakai minyak wangi sebelum pergi ke tempat kerja atau keluar ke mana-mana?
Tidak kiralah apa pun jawapannya, haruman minyak wangi tersebut akan melahirkan satu semangat yang berlainan dalam diri anda apabila memakainya.

Terdapat banyak koleksi minyak wangi di pasaran.Anda tak perlu beli yang MAHAL-MAHAL kerana tiada bezanya dengan minyak wangi yang MURAH. Kedua-duanya mempunyai haruman dan wangian yang tersendiri.Antara yang terbaru di pasaran ialah minyak wangi jenama MUNIFHIJJAZ.

Pihak Team HarumanMunifHijjaz menawarkan kemudahan pembelian minyak wangi keluaran Munif Hijjaz Sdn Bhd secara online dengan sebanyak 18 wangian yang diinspirasikan daripada jenama antarabangsa yang boleh anda pilih.

Minyak wangi Munif Hijjaz diyakini kesuciannya,HALAL dan boleh dibawa solat bagi orang Islam.Bauannya semerbak setanding dengan haruman antarabangsa. Dengan harga yang murah dan mampu dimiliki oleh setiap golongan, ianya merupakan salah satu langkah penjimatan yang boleh anda nikmati berbanding membeli minyak wangi yang AGAK MAHAL dek kerana jenamanya semata-mata!

Jadi kepada penggemar minyak wangi jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki haruman pilihan yang anda sukai dari koleksi minyak wangi Munif Hijjaz.

Minyak wangi Munif Hijjaz ini merupakan minyak wangi yang dihasilkan daripada 100% pati yang tulen dan didatangkan dalam botol tunggal bersaiz 8ML dalam setiap kotak dengan rekaan botolnya yang menarik dan eksklusif.
Anda boleh pilih haruman minyak wangi kesukaan anda di sini dan kos penghantaran adalah PERCUMA.Tiada sebarang caj tambahan dikenakan!

Untuk maklumat lanjut sila layari lamanweb di bawah:

Read more


Seikhlas Kata,Setulus Hati

Assalamualaikumwarahmatullahibarakatuh.
Salam Dunia,Salam Perkenalan sebagai pembuka bicara di pertemuan pertama kita di arena blog ini..Hai..!
 Apa khabar hari ni?Hari yang indah,cerah disinari sang suria..saya doakan semoga semuanya sihat,ceria,aman dan segala urusan berjalan dengan lancar..kepada yang kurang sihat jangan lupa makan ubat..kalau belum jumpa doktor tu segeralah ke klinik.Semoga sakit anda tidak melarat dan cepat sembuh dan dapat kembali tersenyum.
 Mungkin ada yang sedang bersedih,mungkin kecewa kerana kegagalan atau ada perselisihan faham,hadapilah dengan tenang dan sabar.Sebolehnya jangan biarkan berpanjangan sehingga mengganggu akal dan fikiran..Setiap manusia memang tak lepas daripada macam-macam masalah dalam hidup.Apa yang penting ambil dari sudut positif bahawa semua itu adalah dugaan hidup dan ujian  dari Allah untuk menguji keimananan kita.So kita harus redha dan bila sentiasa redha,jiwa rasa lebih tenang dan semuanya akan menjadi baik-baik saja,Ok?InsyaAllah tak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.Tambahan pula kita sekarang di dalam bulan syawal,masih dalam mood raya..masa untuk kita bergembira bersama sanak saudara dan rakan taulan dan saling bermaafan sambil mengeratkan silaturrahim.Lupakan saja segala kesedihan,buang yang keruh ambil yang jernih..
  Bercerita pasal hari raya ni ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin dan muslimat tak kira di mana saja berada.Macamana dengan raya anda?meriah?banyak dapat duit raya?atau banyak habis duit??gurau jer..biasalah tu,dan perkara biasa bagi kita bila berlalunya raya ramai yang merungut,tak cukup itu ini.Rasanya tak salah berkorban sedikit demi untuk menggembirakan insan-insan tersayang terutamanya anak-anak.Kanak-kanaklah yang paling gembira bila tibanya hari raya kerana dapat bergaya dengan baju dan kasut baru yang cantik-cantik dan paling penting dapat kutip duit raya..kita pun tumpang seronok melihat mereka gembira.Teringat masa zaman kecik-kecik dulu..meriah bukan main.Belum lagi bab main mercun..kadang-kadang orang tua yang lebih-lebih mengalahkan budak-budak..
 Tapi dalam berbelanja tu janganlah berlebih-lebih pula sehingga semuanya nak dibeli walaupun tak perlu.Ada yang tak kisah berhabis wang semata-mata mahu rumah mereka berhias cantik dan semuanya bertukar baru.Biar nampak meriah,eksklusif..lain dari yang lain.Sudahnya diri yang sendiri yang susah maka bertambahlah hutang piutang.Pembaziran seperti ini memang patut dielakkan kerana tak memberi apa-apa faedah pun malah menyusahkan diri sendiri.Allah s.w.t amat membenci orang yang membazir.Apa lagi dalam menyambut hari yang mulia ini,hari yang sepatutnya kita memanjatkan rasa kesyukuran dan keinsafan serta mengenang mereka yang kurang bernasib baik.Bukan untuk berpesta sakan.Oleh itu untuk mengelakkan berlakunya pembaziran ini kita perlu la bijak.Bijak dalam merancang perbelanjaan,bijak untuk mengawal dan  mengetahui keperluan sendiri dan bijak dalam menguruskan kewangan..betul tak?Dan setiap orang harus ada kesedaran ini sejak dari awal lagi..
Kata Dr. Irfan Khairi.."Perlu berhemah ketika berbelanja kerana kekayaan adalah tentang berapa banyak yang kita simpan.."
  Seperti biasa di bulan syawal ni ramai yang tak lepas peluang buat jamuan terbuka,ada juga yang buat kenduri.Ini yang best ni.Hari-hari dapat merasa makan sedap.Iya lah makan-makan juga.Dalam sibuk mengunjungi open house sana-sini tu janganlah pula sampai lupa buat amalan..Di samping mengerjakan amalan yang yang menjadi kewajipan kita,luangkan masa juga untuk amalan sunat seperti berpuasa sunat bulan syawal(puasa 6) yang banyak ganjaran pahalanya..
Hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”
  Dalam kita bergembira,jangan lupa mungkin ada yang  berduka di luar sana.Hulurkan tangan,membantu mengurangkan beban mereka yang kurang bernasib baik..semoga sama-sama dapat merasa nikmat pemberian dari-Nya..dan semoga amalan kita semua diberkati.Amin..
 

Read more

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Email Anda | Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Follow Blog Saya Jom ,Saya Akan Follow Blog Anda Pula

About Me

My Photo
Layla
Berusaha untuk sentiasa bersikap optimis & positif dalam apapun situasi kerana percaya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..Salam Perkenalan.
View my complete profile
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Riwayat at-Tirmidzi
Demi Masa. Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." ( Surah Al Asr')

Nak extra income..?Jom Join Survey Malaysia..FREE jer..!

http://www.freeiklan.com/wp-content/uploads/2011/05/654046.jpg

My Blog List