"MENGEJAR IMPIAN tidaklah sesusah mana..semuanya bermula dengan langkah pertama.MELANGKAHLAH bagaimana cara dan rupa sekalipun,kerana setiap yang melangkah pasti akan sampai ke matlamatnya.. (Dr. HM Tuah Iskandar)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Pelaburan Dalam Unit Amanah

APA ITU DANA UNIT AMANAH ?
 
Unit Amanah merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif, yang membenarkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan dan diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional.
                                                  
BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI
Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit iaitu Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana,Pemegang Amanah yang bertindak sebagai penjaga aset yang dilaburkan dan Syarikat Pengurusan yang menguruskan dana berkenaan.

Operasi sesuatu skim unit amanah ditadbir oleh satu dokumen yang dipanggil Surat Ikatan.Dokumen perundangan tersebut menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit.
                             
BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?
Ada dua cara pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan  pengagihan dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kejatuhan harga dianggap baik untuk para pelabur membeli lebih banyak unit lagi. 
Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan yang dibuat, maka pendapatan tersebut diagihkan kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah itu untuk mengagihkan dividen pada setiap tahun. Tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.
 SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?
Unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas dan pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.
Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.

                                 KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH
 
     1.Pengurusan Dana Profesional
Pelaburan di dalam dana unit amanah diurus selia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi.  

2. Kepelbagaian 
     Unit amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio    sekuriti  bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan.

3.   Kemudahan dan Kemampuan
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah dan lebih selesa untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham. 
Anda boleh memulakan pelaburan serendah RM1000 dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100.
    
    4. Pendedahan Pelaburan
     Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham walaupun dengan modal yang kecil.

    5.   Kecairan
Pemegang unit boleh membeli dan menjual unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.
  
  6.   Potensi Pertumbuhan Modal 
    Elemen penting dalam pulangan berganda ialah masa-semakin lama tempoh masa, semakin besar pertumbuhannya.Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak atau persaraan mengikut keperluan masing-masing.Unit amanah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan.

     7.  Jaminan Pengawalan
      Unit amanah adalah dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan       para pelabur        
                             
                          RISIKO DALAM PELABURAN UNIT AMANAH 

Tiada pelaburan yang bebas dari risiko. Semua unit amanah mempunyai risiko yang berbeza-beza bergantung kepada matlamat kewangan dan strategi yang diguna pakai. Anda  perlu menentukan tahap risiko anda sendiri. Sebagai contoh pelabur jangka panjang yang mengharapkan perkembangan modal (capital gain) risiko yang ditanggung tidak sama dengan  pelabur yang mengharapkan perlindungan modal dan pemberian dividen.
Begitu juga dengan unit amanah. Ia tidak terlepas dari risiko pelaburan. Walaubagaimanapun kita mampu untuk mengurangkan risiko-risiko tersebut berdasarkan strategi pelaburan.Berikut adalah risiko-risiko pelaburan dalam Unit amanah dan saham.

  1. Risiko pasaran saham
    Wang pelabur dilaburkan di saham-saham di pasaran saham. Harga saham sentiasa berubah-ubah mengikut faktor seperti keadaan ekonomi dan aliran keluar masuk dana daripada pelaburan asing.

  2. Risiko jenis syarikat
    Saham diterbitkan oleh syarikat yang biasanya menjalankan perniagaan berbentuk dagangan barangan dan perkhidmatan. Oleh itu perniagaan dipengaruhi oleh faktor citarasa pengguna, saman perundangan, perubahan industri, keadaan operasi seharian dan kesilapan dalam membuat keputusan oleh pihak pengurusan syarikat. Risiko ini dapat dikawal dengan kaedah kepelbagaian oleh pengurus dana unit amanah.

  3. Risiko kecairan
    Setiap hari berlaku urusan jual dan beli..Seperti pelabur menjual unitnya dan ada yang membeli baru atau unit tambahan. Ada kemungkinan penjualan unit berlaku pada tahap tinggi sehingga dana tidak memiliki cukup aset cair ataupun tunai pada masa itu dan memaksa penjualan aset bukan tunai.
    Risiko ini dapat dikawal oleh pengurus dana unit amanah dengan memastikan adanya tahap kecairan yang mencukupi.

  4. Risiko kadar faedah
    Selain saham, pengurus dana juga melabur dalam instrumen bon. Sifat bon berbeza dengan saham. Apabila kadar faedah (interest rate) naik, harga bon menurun (harga saham naik) dan begitu juga sebaliknya. Jika sekiranya nilai bon mempunyai nilai matang yang panjang ataupun nilai kupon yang rendah, ia lebih sensitif pada perubahan kadar faedah.  Ini membawa kesan pada nilai aset bersih (NAB) Unit Amanah.

  5. Risiko kredit
    Berkaitan dengan pelaburan Bon. Risiko kredit merujuk kepada pihak yang menerbitkan bon. Kemungkinan mereka tidak dapat menepati janji-janji mereka seperti membayar balik faedah dan modal.

  6. Risiko pengurus dana
    Kemungkinan pengurus dana yang tidak cekap dalam tugas mereka ataupun pengurus dana yang cekap telah meletakkan jawatan dan berpindah kepada syarikat unit amanah yang lain.

  7. Risiko pinjaman
    Risiko ini berlaku kepada pelabur yang menggunakan duit pinjaman dari mana-mana bank untuk melabur ke unit amanah.  Pinjaman adalah liabiliti jangkamasa pendek dan ianya tidak sesuai dengan pelaburan berjangka sederhana dan panjang. Sebagai contoh, kemungkinan pasaran merundum, peminjam terpaksa mendapatkan sumber wang bagi menambah margin pinjaman. Kenaikan kadar faedah yang menyebabkan ansuran bulanan pinjaman dinaikkan.

  8. Risiko inflasi
    Keuntungan daripada pelaburan unit amanah sama ada penambahan modal ataupun pembayaran agihan pendapatan/dividen mungkin tidak sama dengan kenaikan harga inflasi. Oleh matlamat kewangan anda akan terganggu. Sebagai contoh jika anda mensasarkan pulangan tahunan sebanyak 10% bagi mendapatkan RM100,000 dalam masa 10 tahun bagi membeli rumah teres. Apabila sampai masanya harga rumah sudah meningkat menjadi RM120,000 akibat kadar inflasi meningkat ke 12%.

  9. Risiko tidak mengikut peraturan/tidak patuh syariah
    Risiko pengurus dan pentadbiran yang tidak mematuhi peraturan, melanggar peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh undang-undang ataupun surat ikatan. Apapun manusia boleh berubah.

  10. Risiko mata wang
    Pelaburan luar negara maka pasaran mengikut nilai matawang dimana pelaburan itu dibuat. Matawang yang turun naik boleh membawa perubahan kepada NAB unit amanah tempatan.

  11. Risiko negara
    Keadaan luar negara dimana dana tersebut dilaburkan memain peranan penting kepada NAB unit amanah tempatan. Kemungkinan berlaku perubahan polisi kewangan dan politik, serta  bencana alam dan lain-lain kepada negara tersebut.

     (Sumber artikel daripada blog Warisan Mukmin & Info Pelaburan Unit Amanah)

Read more


Pelaburan dari sudut pandangan Islam

Pelaburan: Proses membina harta

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN (Utusan Malaysia)

HARTA adalah amanah Allah yang dipinjamkan kepada manusia sebagai wasilah untuk mencapai kehidupan yang diberkati.

Islam mengajar manusia mempunyai pandangan yang betul terhadap harta agar menerusi harta, manusia dapat menikmati bahagia dan bukannya bencana.

Islam memperakui keperluan manusia kepada harta dan kerana itulah harta dipandang mulia di sisi Islam. Malah, Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.

Dalam Islam, harta merupakan wasilah untuk manusia menikmati keselesaan hidup, untuk mencapai takwa. Di sebalik itu, Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya.
 
Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar. (al-Munafiqun: 9)

Di samping itu, dengan memiliki harta semata-mata tanpa diurus dan dibangunkan untuk kesejahteraan manusia sejagat adalah bertentangan dengan yang dituntut oleh Islam.
Ini kerana dari satu sudut yang lain, Islam menggariskan agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun dan membina kehidupan yang bahagia dan harmoni. Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dia yang menghidupkan kamu di muka bumi ini dan memerintahkan supaya kamu membangun dan membina kehidupan yang harmoni di atasnya. (Hud: 61)

Manfaat

Malah Islam menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat”.

Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna memerintahkan agar harta dan diuruskan dengan baik dan bijaksana kerana jika sebaliknya harta boleh menyebabkan kemusnahan manusia dan kemurkaan Allah.
 
 
Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya bagi penduduk Saba' di negeri mereka ada suatu tanda kekuasaan Allah iaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (dikatakan kepada mereka): Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Inilah) negeri yang baik dan Tuhan yang pengampun. Kemudian mereka menderhaka kepada Allah, lalu kami kirimkan kepada mereka banjir dan kami tukarkan kedua-dua kebun mereka dengan buah-buahan yang pahit dan pohon-pohon yang tidak berbuah. (Saba’: 15-16)

Demikian juga beberapa firman-Nya yang lain seperti dalam surah al Nisaa’ ayat 10 dan surah an-Nisaa’ ayat 161.

Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta. Dalam ilmu pengurusan harta secara Islam menggariskan, Penghasilan Harta (Wealth Creation) sebagai satu asas permulaan seseorang dalam interaksinya dengan harta.
 
 
Tidak dinafikan, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qada dan qadar seperti di dalam firman Allah yang bermaksud: Maka apabila telah ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang. (al-Jumuah: 10)

Malah dari sudut yang lain setelah dicari, harta itu perlu pula dikembangkan. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya.

Nabi Muhammad SAW dan khulafah Al Rashidin telah melakukan pelaburan dengan mengembangkan harta-harta zakat seperti unta, lembu dan kambing.

Ini memandangkan binatang-binatang tersebut mempunyai potensi yang baik di dalam pembiakan dan perkembangan.

Islam melarang membekukan harta tanpa dimanfaatkannya. Ia hendaklah dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7.

Pengembangan harta boleh dilakukan menerusi pelbagai cara, antaranya menerusi pelaburan di institusi kewangan.
 
 
Sebagaimana sunnah yang ditunjukkan oleh nabi Yusuf a.s menerusi firman Allah yang bermaksud: Berkata Yusuf: Kamu bercucuk tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian datang sesudah itu tujuh tahun kemarau (kelapan), sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih). (Yusuf: 47-48)

Memang Islam menyuruh agar harta dikembang atau dilaburkan, namun bagi mendapatkan keredaan Allah SWT aktiviti pelaburan itu mestilah menepati hukum syarak yang berasaskan kepada al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qias dan ijtihad.

Justeru, pelaburan yang diterima dan sah di sisi Islam adalah pelaburan yang menepati prinsip pelaburan daripada perspektif Islam. Di dalam Islam, dua kontrak syariah yang popular berkaitan dengan pelaburan ialah musyarakah dan mudharabah.

Dalam muamalat Islam rukun sesuatu kontrak memainkan peranan yang penting dan ia tidak boleh diabaikan. Jika sesuatu transaksi yang mengaplikasikan kontrak Syariah tidak cukup rukun-rukunnya, maka transaksi itu tidak sah.

Sebagai panduan, di bawah konsep mudharabah dan musyarakah rukun-rukunnya yang wajib ada dan dipenuhi adalah, wang (modal) pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui, pelabur, pengusaha, bisnes yang halal dan kontrak (ijab dan qabul).

Di samping memenuhi dan cukup rukunnya, ia juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama, tiada jaminan modal selamat dan tiada jaminan untung tertentu.

Memang tidak dinafikan, setiap pelabur yang membuat pelaburan mengharapkan keuntungan. Banyak pihak yang terkeliru dalam hal ini khususnya yang berkaitan dengan jaminan keuntungan yang bakal diperolehi oleh pelabur.

Mengelirukan

Lebih mengelirukan apabila pihak yang menawarkan peluang pelaburan tersebut menggunakan nama-nama, istilah atau perkataan Arab yang menampakkan seolah-olah ia adalah pelaburan secara Islam.

Namun apabila diselidiki hanya nama nampak macam pelaburan secara Islam tetapi dari segi mekanisme dan operasinya jauh terpesong daripada kaedah pelaburan secara islam.

Jaminan mendapat keuntungan adalah bercanggah dengan prinsip pelaburan dalam Islam. Ulama Islam sepakat bahawa memberi jaminan untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan hukumnya adalah haram kerana ia adalah riba dan bukannya pelaburan.

Islam tidak membenarkan memberi jaminan bahawa pelabur mesti mendapat keuntungan daripada pelaburannya kerana ia bercanggah dengan tabii pelaburan itu sendiri yang tertakluk kepada untung dan rugi.

Ia sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW yang bermaksud: “(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)”. (riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud)

Apa yang dibolehkan dan sebagaimana yang diamalkan oleh industri kewangan Islam adalah sebarang keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja tanpa membuat sebarang janji bahawa pelabur pasti akan mendapat keuntungan.

Hal ini selari dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah AAOIFI yang telah memutuskan bahawa apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah akad pelaburan mudharabah itu.

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah antara badan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia hal ehwal pelaburan.

SC dengan dibantu oleh Majlis Pengawasan Syariahnya telah berjaya menyenaraikan sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia yang mematuhi Syariah.

Berdasarkan Majlis Pengawasan Syariah SC, sesebuah syarikat diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh syariah sekiranya syarikat menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan syariah seperti yang berikut:

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah); (b) Perjudian dan pertaruhan; (c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan; (d) Insurans konvensional; (e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah; (f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan; (g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah; dan (h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan syariah, MPS mempertimbangkan dua kriteria tambahan iaitu: pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik dan aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa (perkara terlarang yang sukar dielakkan), uruf (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Inisiatif SC itu merupakan satu inovasi yang berimpak maksimum kepada umat Islam di Malaysia dimana mereka tidak lagi ragu-ragu dan teragak-agak untuk membuat pelaburan.

Justeru, sebelum melabur kita perlu membuat pertimbangan yang wajar dengan memastikan agar pelaburan yang hendak dibuat tidak melibatkan pelaburan dalam aktiviti perniagaan yang diharamkan oleh syarak.

Tiada jaminan terhadap keuntungan yang tetap, tidak ada unsur gharar (ketidakpastian) atau elemen perjudian, tiada unsur paksaan dalam keputusan membuat pelaburan dan tidak terlibat dalam riba.

Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang menawarkan keuntungan berlipat ganda menerusi pelbagai kaedah kreatif yang menggunakan nama-nama seolah-oleh ia satu pelaburan secara Islam.

Read more


Apa yang perlu anda tahu tentang Kopi Radix?




Salam..
Anda pernah minum Kopi Mai Secawan(Radix)?

KOPI PRA-CAMPURAN RADIX ini merupakan produk keluaran HPA yang paling laris di pasaran.Sememangnya Kopi Radix menjadi kegemaran ramai bukan sahaja kerana rasanya yang enak tetapi juga khasiat yang terdapat di dalamnya.

Apa yang perlu anda tahu tentang Kopi Radix?
  
-Kekuatan 7 sinergi herba (langit 7 lapis, bumi 7 lapis, mata 7 lapis, manusia 7 sifat, surah Al-Fatihah 7 ayat, tawaf 7 kali)
 
1. Radix Tebu Gajah (Albyzia Myrophylla)-ANTIDOT
• Bersifat penawar demam
• Mengandungi antioksidan yang bertindak memerangkap radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit
• Mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglicemik (menurunkan paras glukosa)
• Meneutralkan kafein dalam kopi
• Mengurangkan rasa pahit Tongkat Ali
• Menawarkan keracunan pada Tongkat Ali
 
2. Radix Mengkudu Hutan (Morinda Elliptica)-LAXATIF 
• Akar yang digunakan dalam Herba Tuju Angin, Radix, Paramaria Plus
• Morindin sebagai pelawas dan anti kanser (anti tumor)
• Menghilangkan ketumbuhan di otak (sumber: Dr Azizah, UPM)
• Membantu menjana pernafasan (asma, lelah dan resdung)
• Mengandungi selenium antioksidan yang kuat
• Merawat penyakit arthritis dan rheumatic peradangan dari ketidakseimbangan suhu badan punca asid berlebihan
• Membetulkan perjalanan darah
 
3. Radix Teja Lawang (Cinnamomum Inners)-KARMINATIF 
• Bersifat menolak angin
• Satu famili dengan kulit kayu manis
• Mengandungi minyak sari untuk merawat gastrik
• Mengubati masalah angin
• Mengurangi tekanan di otot jantung
• Rendam kulit kayu manis baik untuk masalah diabetes dan sakit pinggang
 
4. Radix Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)-DIURETIK 
• Memperbanyakkan air kencing bagi mengimbangi suhu dan asid
• Membantu mengurangkan asid urik yang berlebihan (masalah ghout)
• Bio flavanoid meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Ini menyebabkan seseorang itu buang air dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga yang seterusnya akan menjadikan suhu badan akan stabil
 
5. Akar Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)-AFRODISIAK / ANTIDOT / ANTIHIPERTENSIF / ANTIPIRETIK 
• Memberi tenaga kesan afrodisiak untuk meningkatkan kesuburan dan tenaga lelaki. Baik diambil bersama Omega 3. Satu kajian di lakukan di Universiti Malaya di mana tikus putih yang diberi Radix menunjukkan peningkatan 480% hormon jantannya dan tikus betina pula melahirkan anak jantan melebihi anak betina dengan nisbah 3:1
• Kardiotonik
• Quassinoid iaitu bahan anti tumor. Untuk kes ketumbuhan di otak, ambil Radix, Omega 3 dan Spirulina
• Baik untuk melegakan demam jika diambil di peringkat awal
• Sakit sendi (sinergikan bersama Radix dan Herba Tuju Angin)
 
6. Akar Halban Hitam (Vitex Pubescens)
• Meningkatkan sistem imuniti tubuh
• Kekar isi tubuh
• Menjaga stamina tubuh
 
7. Akar Larak Hutan (Polythia Hypholeuco) 
• Memperbanyakkan susu ibu dan baik untuk ibu hamil dan selepas bersalin
• Menstabilkan dan menyeimbangkan sel-sel badan untuk masalah orang gemuk yang makan sedikit tapi gemuk dan orang kurus yang makan banyak tetapi tidak gemuk
• Menguatkan fizikal tubuh
 
FAKTA TENTANG AKAR TONGKAT ALI DALAM KOPI RADIX
Tongkat Ali Pilihan:
1. Usia melebihi 20 tahun
• Mempunyai akar tunjang yang panjang untuk mengambil himpunan mineral di dasar bumi (kandungan bahan aktif yang sempurna)
2. Tumbuhan hutan hujan tropika. Kawasan Garisan Khatulistiwa
3. Bentuk
• Bentuk yang paling baik, lurus dan tajam. Akar dalam bentuk lurus dan tajam tumbuh di kawasan tanah yang kaya organik dan mengandungi lapisan top soil yang tinggi
4. Warna
• Warna kuning dan bukan berwarna putih menandakan kematangan dan tidak dimakan bubuk. Bersifat pahit dan kategori angin (panas dan lembab). Merupakan herba detoks yang paling baik
5. Beberapa kajian tentang khasiat tongkat ali:
• Baik untuk pesakit kencing manis
• Baik untuk masalah tulang belakang
• Baik untuk melambatkan menopose
• Baik untuk mencegah kanser
• Baik untuk menguatkan jantung
• Baik untuk rawan sendi
• Baik untuk ibu hamil dan selepas bersalin (anak cepat berjalan)
 
BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT KHASIAT MAKSIMUM?
• Pengambilan paling maksimum ialah 6 cawan sehari (2/2/2)
• Resepi lama (5 herba)-2 kali sehari
• 1 uncang bersamaan dengan 1 kapsul
• Untuk peringkat awal, ambil secara beransur-ansur, mulai dengan dos yang rendah
• Minum air kosong 1 cawan dalam cawan yang sama Kopi Radix tersebut diminum. Amalkan selepas setiap kali minum Kopi Radix

OK jumpa lagi,insyaAllah.

Read more

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Email Anda | Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Follow Blog Saya Jom ,Saya Akan Follow Blog Anda Pula

About Me

My Photo
Layla
Berusaha untuk sentiasa bersikap optimis & positif dalam apapun situasi kerana percaya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..Salam Perkenalan.
View my complete profile
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Riwayat at-Tirmidzi
Demi Masa. Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." ( Surah Al Asr')

Nak extra income..?Jom Join Survey Malaysia..FREE jer..!

http://www.freeiklan.com/wp-content/uploads/2011/05/654046.jpg

My Blog List