"MENGEJAR IMPIAN tidaklah sesusah mana..semuanya bermula dengan langkah pertama.MELANGKAHLAH bagaimana cara dan rupa sekalipun,kerana setiap yang melangkah pasti akan sampai ke matlamatnya.. (Dr. HM Tuah Iskandar)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Pelaburan Dalam Unit Amanah

APA ITU DANA UNIT AMANAH ?
 
Unit Amanah merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif, yang membenarkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan dan diuruskan oleh Pengurus Dana Profesional.
                                                  
BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI
Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit iaitu Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana,Pemegang Amanah yang bertindak sebagai penjaga aset yang dilaburkan dan Syarikat Pengurusan yang menguruskan dana berkenaan.

Operasi sesuatu skim unit amanah ditadbir oleh satu dokumen yang dipanggil Surat Ikatan.Dokumen perundangan tersebut menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit.
                             
BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?
Ada dua cara pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan  pengagihan dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kejatuhan harga dianggap baik untuk para pelabur membeli lebih banyak unit lagi. 
Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan yang dibuat, maka pendapatan tersebut diagihkan kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah itu untuk mengagihkan dividen pada setiap tahun. Tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.
 SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?
Unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas dan pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.
Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.

                                 KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH
 
     1.Pengurusan Dana Profesional
Pelaburan di dalam dana unit amanah diurus selia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi.  

2. Kepelbagaian 
     Unit amanah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio    sekuriti  bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan.

3.   Kemudahan dan Kemampuan
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah dan lebih selesa untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham. 
Anda boleh memulakan pelaburan serendah RM1000 dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100.
    
    4. Pendedahan Pelaburan
     Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham walaupun dengan modal yang kecil.

    5.   Kecairan
Pemegang unit boleh membeli dan menjual unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.
  
  6.   Potensi Pertumbuhan Modal 
    Elemen penting dalam pulangan berganda ialah masa-semakin lama tempoh masa, semakin besar pertumbuhannya.Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak atau persaraan mengikut keperluan masing-masing.Unit amanah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan.

     7.  Jaminan Pengawalan
      Unit amanah adalah dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan       para pelabur        
                             
                          RISIKO DALAM PELABURAN UNIT AMANAH 

Tiada pelaburan yang bebas dari risiko. Semua unit amanah mempunyai risiko yang berbeza-beza bergantung kepada matlamat kewangan dan strategi yang diguna pakai. Anda  perlu menentukan tahap risiko anda sendiri. Sebagai contoh pelabur jangka panjang yang mengharapkan perkembangan modal (capital gain) risiko yang ditanggung tidak sama dengan  pelabur yang mengharapkan perlindungan modal dan pemberian dividen.
Begitu juga dengan unit amanah. Ia tidak terlepas dari risiko pelaburan. Walaubagaimanapun kita mampu untuk mengurangkan risiko-risiko tersebut berdasarkan strategi pelaburan.Berikut adalah risiko-risiko pelaburan dalam Unit amanah dan saham.

  1. Risiko pasaran saham
    Wang pelabur dilaburkan di saham-saham di pasaran saham. Harga saham sentiasa berubah-ubah mengikut faktor seperti keadaan ekonomi dan aliran keluar masuk dana daripada pelaburan asing.

  2. Risiko jenis syarikat
    Saham diterbitkan oleh syarikat yang biasanya menjalankan perniagaan berbentuk dagangan barangan dan perkhidmatan. Oleh itu perniagaan dipengaruhi oleh faktor citarasa pengguna, saman perundangan, perubahan industri, keadaan operasi seharian dan kesilapan dalam membuat keputusan oleh pihak pengurusan syarikat. Risiko ini dapat dikawal dengan kaedah kepelbagaian oleh pengurus dana unit amanah.

  3. Risiko kecairan
    Setiap hari berlaku urusan jual dan beli..Seperti pelabur menjual unitnya dan ada yang membeli baru atau unit tambahan. Ada kemungkinan penjualan unit berlaku pada tahap tinggi sehingga dana tidak memiliki cukup aset cair ataupun tunai pada masa itu dan memaksa penjualan aset bukan tunai.
    Risiko ini dapat dikawal oleh pengurus dana unit amanah dengan memastikan adanya tahap kecairan yang mencukupi.

  4. Risiko kadar faedah
    Selain saham, pengurus dana juga melabur dalam instrumen bon. Sifat bon berbeza dengan saham. Apabila kadar faedah (interest rate) naik, harga bon menurun (harga saham naik) dan begitu juga sebaliknya. Jika sekiranya nilai bon mempunyai nilai matang yang panjang ataupun nilai kupon yang rendah, ia lebih sensitif pada perubahan kadar faedah.  Ini membawa kesan pada nilai aset bersih (NAB) Unit Amanah.

  5. Risiko kredit
    Berkaitan dengan pelaburan Bon. Risiko kredit merujuk kepada pihak yang menerbitkan bon. Kemungkinan mereka tidak dapat menepati janji-janji mereka seperti membayar balik faedah dan modal.

  6. Risiko pengurus dana
    Kemungkinan pengurus dana yang tidak cekap dalam tugas mereka ataupun pengurus dana yang cekap telah meletakkan jawatan dan berpindah kepada syarikat unit amanah yang lain.

  7. Risiko pinjaman
    Risiko ini berlaku kepada pelabur yang menggunakan duit pinjaman dari mana-mana bank untuk melabur ke unit amanah.  Pinjaman adalah liabiliti jangkamasa pendek dan ianya tidak sesuai dengan pelaburan berjangka sederhana dan panjang. Sebagai contoh, kemungkinan pasaran merundum, peminjam terpaksa mendapatkan sumber wang bagi menambah margin pinjaman. Kenaikan kadar faedah yang menyebabkan ansuran bulanan pinjaman dinaikkan.

  8. Risiko inflasi
    Keuntungan daripada pelaburan unit amanah sama ada penambahan modal ataupun pembayaran agihan pendapatan/dividen mungkin tidak sama dengan kenaikan harga inflasi. Oleh matlamat kewangan anda akan terganggu. Sebagai contoh jika anda mensasarkan pulangan tahunan sebanyak 10% bagi mendapatkan RM100,000 dalam masa 10 tahun bagi membeli rumah teres. Apabila sampai masanya harga rumah sudah meningkat menjadi RM120,000 akibat kadar inflasi meningkat ke 12%.

  9. Risiko tidak mengikut peraturan/tidak patuh syariah
    Risiko pengurus dan pentadbiran yang tidak mematuhi peraturan, melanggar peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh undang-undang ataupun surat ikatan. Apapun manusia boleh berubah.

  10. Risiko mata wang
    Pelaburan luar negara maka pasaran mengikut nilai matawang dimana pelaburan itu dibuat. Matawang yang turun naik boleh membawa perubahan kepada NAB unit amanah tempatan.

  11. Risiko negara
    Keadaan luar negara dimana dana tersebut dilaburkan memain peranan penting kepada NAB unit amanah tempatan. Kemungkinan berlaku perubahan polisi kewangan dan politik, serta  bencana alam dan lain-lain kepada negara tersebut.

     (Sumber artikel daripada blog Warisan Mukmin & Info Pelaburan Unit Amanah)


0 comments to "Pelaburan Dalam Unit Amanah"

Post a Comment

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Powered by Blogger.

Dapatkan Info Terkini Terus Ke Email Anda | Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Follow Blog Saya Jom ,Saya Akan Follow Blog Anda Pula

About Me

My Photo
Layla
Berusaha untuk sentiasa bersikap optimis & positif dalam apapun situasi kerana percaya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..Salam Perkenalan.
View my complete profile
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Riwayat at-Tirmidzi
Demi Masa. Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." ( Surah Al Asr')

Nak extra income..?Jom Join Survey Malaysia..FREE jer..!

http://www.freeiklan.com/wp-content/uploads/2011/05/654046.jpg

My Blog List